Imam
Syafi’i r.a. (150H – 204H ) I
Nama beliau ialah Muhammad bin Idris
bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin
Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Murrah bin
Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad.
Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd
Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur
.
Penghijrahan ke Palestina
Penghijrahan ke Palestina
Sebelum beliau dilahirkan,
keluarganya telah berpindah ke Palestina kerana beberapa keperluan dan bapanya
terlibat di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan
Islam di sana.
Kelahiran dan Kehidupannya
Menurut pendapat yang masyhur,
beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada tahun 150 Hijrah. Tidak lama
sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal dunia. Tinggallah beliau
bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui
dengan serba kekurangan dan kesulitan.
PENGEMBARAAN IMAM As-SYAFI’I
Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H )
merupakan satu siri pengembaraan yang tersusun di dalam bentuk yang sungguh
menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan kriteria ilmiah dan
popularitasnya.
Al-Syafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
Pengembaraan beliau bermula sejak
beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau dibawa oleh ibunya
berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestina ke Kota Makkah
untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).
Sebagai hasil dari usahanya, beliau
telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di samping ilmu-ilmu yang berhubung
dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang dari perkampungan itu beliau
meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah
sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya
beliau telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin
Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih
lagi di peringkat remaja iaitu lima belas tahun.
Sesudah itu beliau berpindah ke
Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdamping dengan Imam Malik di samping
mempelajari ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama
lima belas tahun. Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan
ulama-ulama lain yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar
berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau
semasa di Madinah telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi
juga dari ulama-ulama lain yang terkenal di kota itu.
As- Syafi’i di Yaman (
179H – 184H )
Ketika Imam Malik wafat pada tahun
179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh
sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi
Al-Shafi’i. Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah
Najran. Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran
Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan
terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid
di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima kecaman
Al-Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau
tidak bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.
Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H
– 186H )
Peristiwa itu walaupun secara
kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepada Al-Shafi’i kerana
pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang terkenal sebagai pusat
ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu. Keduanya, ia berpeluang
bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi
dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl
al-Ra’y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan
Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum
beliau berpindah ke Mesir.
Dalam pengembaraan pertama ini
Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa ini (184 –
186H) beliau sempat membaca kitab-kitab Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya,
terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping
membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid
sendiri.
Al-Shafi’i di Makkah (
186H – 195H )
Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang
ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus
melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru
yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang
fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia
adalah gabungan dari ke semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapat setengah
ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan
Mazhab Al-Shafi’i.
Selama sembilan tahun (186 – 195H)
Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama-sama para ilmuan
lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu
intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang
beliau temui selama masa itu.
Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H
– 197H
Dalam tahun 195H, untuk kali
keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad. Keberangkatannya kali ini tidak
lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi sebagai seorang alim Makkah yang
sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang tersendiri. Catatan
perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap di negara itu
selama dua tahun (195 – 197H).
Di dalam masa yang singkat ini
beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang berbeza dari apa yang dikenali
pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu respon dan reaksi
yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya adalah terpengaruh
dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu
Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.
Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab,
Al- Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang
menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.
Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir (
197H – 204H )
Sesudah dua tahun berada di Baghdad
(197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun 198H, beliau keluar semula ke
Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H,
beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di
negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.
Imam As-Shafi’i wafat pada tahun
204H. Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar dan diusaha-kembangkan oleh
para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.
FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I
Perpindahan beliau ke Mesir
mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan perubahan ini
melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama berubah. Banyak
kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad disemak semula
dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa
barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa
beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya
semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan
Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab
barunya atau Qaul Jadid.
Di sini harus kita fahami bahawa
tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan tidak pula kesemua
fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa barunya yang menyalahi
fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi
: “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan
tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan kepada ghalibnya sahaja”.
PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I
Di antara para sahabat Imam
Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah :-
· Abu Bakar
Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219H.
· Abu Wahid Musa
bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafi’i. Tidak
diketahui tarikh wafatnya.
· Abu Ishak
Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-Muttalibi yang
wafat pada tahun 237H.
· Abu Bakar
Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
Sementara di Iraq pula kita menemui
ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal, di antara mereka ialah :-
·
Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada
tahun 241
·
Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
·
Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H
·
.Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
·
Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh
wafatnya.
·
Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
·
‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
·
‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
Di Mesir pula terdapat sebilangan
tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam Al-Shafi’i, seperti :-
·
Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada
tahun 264H.
·
Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun .
·
Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
·
Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
·
Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
·
Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada
tahun 268H.
·
Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.
Dari usaha gigih mereka, Mazhab
Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam di zaman-zaman
berikutnya.
PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I
Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I
telah berkembang dan menjalar pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di
desa, di seluruh rantau negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan
kawasan-kawasan sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman,
Hijaz, Iran dan di negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan
negara China. Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan
kepada kita sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang
tokoh ulama dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang
mencabar aliran zamannya.
IMAM AL-SHAFI’I DAN
KITABNYA
Permulaan Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian yang
rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa
pembentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke
Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah seorang pengikut
Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’
Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang
sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan “Nasir Al-Hadith”.
Detik terawal Mazhabnya bermula
apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha
beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada tiga
peringkat :-
·
Peringkat Makkah (186 – 195H)
·
Peringkat Baghdad (195 – 197H)
·
Peringkat Mesir (199 – 204H)
Dalam setiap peringkat diatas beliau
mempunyai ramai murid dan para pengikut yang telah menerima dan menyebar segala
pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.
Penulisan Pertamanya
Memang agak sulit untuk menentukan
apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i dan di mana dan
selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di
mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya keterangan yang jelas
mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dan pulangnya semula ke tempat awalnya tambah menyulitkan lagi
untuk kita menentukan di tempat mana beliau mulakan usaha penulisannya.
Apa yang kita temui – sesudah kita
menyemak beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuh sejarah hidupnya,
hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalah
ditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah kitab di dalam
Ilmu Usul, pun keterangan ini tidak juga menyebut apakah kitab ini merupakan
hasil penulisannya yang pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang
dihasilkannya. Di samping adanya pertelingkahan pendapat di kalangan ‘ulama
berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di
Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika
berada di Iraq.
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang
jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu
dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya
sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu
memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu
telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di
Mesir”.
Kalaulah keterangan di atas boleh
dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita membuat satu kesimpulan bahawa
Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya sewaktu beliau di Makkah lagi, dan
kemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab
Qadim
Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut
oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab Qadimnya
iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak menunjukkan bahawa
ia adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu Fiqah semasa beliau
berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas. Menurut beberapa
keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau berpindah ke negara itu pada
kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 – 197H.
Bersama-sama “Al-Hujjah” itu
terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqah yang beliau hasilkan
sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di
Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :
Al-Mahali
|
Kitab
Al-Hajj
|
Kitab
Zihar
|
Majma’
Al-Kafi
|
Kitab
Al-I’tiaf
|
Kitab
Lian
|
Uyun Al-
Masail
|
Kitab
Buyu’
|
Kitab
Hudud
|
Kitab
Al-Sunan
|
Kitab
Al-Rahn
|
Kitabqodhya
|
Kitab
Thaharah
|
Kitab
Al-Ijarah
|
Kitab
Illa
|
Kitab
Asalah
|
Kitab
Nikah
|
Kitab
Al-‘Itqu
|
Kitab
Al-Zakah
|
Kitab
Thalaq
|
Kitab
Hibah
|
Al-Shiam
|
Kitab
Shadaqoh
|
Dan
Lain-Lain
|
Setengah perawi pula
telah menyebut bahwa kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i adalah di
dalam bentuk jawaban dan perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas
kepada fuqaha’ ahl al-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap
Malik dan fuqaha’ Al-Madinah. Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat
Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam Malik) telah
berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawaban
terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui
pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka.
Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab
Muhammad bin Al-Hasan untuk (bacaan) saya. Saya membacanya selama setahun
sehingga saya dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis
kitab saya di Baghdad.
Kalaulah berdasarkan kepada
keterangan di atas, maka kita pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa
beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk jawaban dan perdebatan, dan cara
penulisannya adalah sama dengan cara penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga
menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih awal dari masa penulisan kitab
“Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 – 186H.
Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim
Berhubung dengan method penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat
kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida kita temui, kemungkinan
masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah hilang atau
rosak dimakan zaman. Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar – ini hanya satu
kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi dengan
aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa masalah, umpamanya
pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau dengan Mazhab Hanafi da juga
Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um” yang
pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap
kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu
pula dipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang
tersendiri. Di dalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah
yang tunduk kepada tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab
“Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua
kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”.
Perawi
Mazhab Qadim
Ramai di antara para sahabatnya di
Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara mereka yang termasyhur hanya
empat orang sahaja :
Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid
yang wafat pada tahun 240H.
Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun
260H.Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun
245H
.Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.
Menurut Al-Asnawi, Al-Syafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil
penulisannya meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.
Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim
Perpindahan beliau ke Mesir pada
tahun 199H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya.
Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru
yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-hadis yang
sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab
qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada
di Mesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan
kerana itu beliau telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan
berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka
itulah Mazhab saya”.
Di dalam kitab “Manaqib
Al-Syafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah kitab lama
(Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan diubah sebahagian
fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-
1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz
Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yang mana
fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa
Al-Shafi’i melarang para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang
ditolak kepada orang ramai. Walaupun begitu kita masih menemui
pendapat-pendapat itu berkecamuk di sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’
mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqaha’ yang terdahulu atau
pun fuqaha’ yang terkemudian.
Kemungkinan hal ini berlaku dengan
kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan
lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutamanya
di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak
mengetahui larangan beliau itu.
Para fuqaha’ itu bukan sahaja
mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi
ada di antara mereka yang berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila
mereka mendapatinya disokong oleh hadis-hadis yang sahih.
Pentarjihan mereka ini tidak pula
dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i, malahan itulah pendapat
mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis
yang sahih maka itulah mazhab saya”.
Tetapi apabila sesuatu pendapat
lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di
kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Syafi’i :
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid Mazhab Al-Syafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Syafi’i yang tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Syafi’i) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat
jumhur fuqaha’ Mazhab Al-Syafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah
dua pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya
Kitab-kitab Mazhab Jadid
Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”, seperti :-
a) Di dalam bab Taharah :
Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”, seperti :-
a) Di dalam bab Taharah :
1. Kitab al-Wudu’
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
B) Di dalam bab Solah :
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
c) Di dalam bab Zakat :
17. Kitab al-Zakah
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab al-Siyam al-Kabir
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
e) Di dalam bab Haji :
25. Kitab al-Manasik al-Kabir
26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
f) Di dalam bab Mu’amalat :
28. Kitab al-Buyu’
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab al-Ijarah
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
55. Kitab al-Mawahib
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
k) Di dalam bab Nikah :
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab Jirah al-‘Amd
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
m) Di dalam bab Hudud :
93. Kitab al-Hudud
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
101. Kitab al-Jizyah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab Adab al-Qadi
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab al-‘Itq
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut
Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti :-
1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab Jima’ al-Ilm
3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab Fada’il Quraysh
Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”
Sahabat
dan murid-murid Beliau
Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi (174 – 270 H)
Beliau ini adalah murid langsung
dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari Bagdad sampai ke Mesir. lahir tahun 174H.
(wafat tahun 270 H.).
Beliau inilah yang membantu Imam
Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih yang pertama di
dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata Muhammad bin Hamdan : “Saya
datang ke rumah Rabi’I pada suatu hari, di mana didapati di hadapan rumahnya
700 kendaraan membawa orang yang datang mempelaja,ri kitab Syafi’i dari
beliau”.
Ini suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin
Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar dan penyebar Madzhab
Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut dalam kitab Al Majmu’
halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i” maka maksudnya adalah
Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam kitab Al Muhadzab tidak ada
“Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar Rabi’i dalam masalah menyamak
kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau
ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Al Muzany (175 – 264 H)
Nama lengkap beliau adalah Imam Abu
lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir di Mesir 175 H dan 25 tahun lebih
muda dari Imam Syafi’i Rhl.
Imam Syafi’i Rhl. pernah berkata
tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah pembela Madzhabnya.
Setelah Imam al Buwaithi ditangkap
maka al Muzany menggantikan kedudukannya dalam halakah Imam syafi’i itu sampai
beliau wafat pada tahun 264 H. (60 tahun terkemudian dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah seorang ulama yang
saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak mengarang kitab fiqih Syafi’ iyah,
seumpama :
l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.
l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.
Al Humaidi (wafat 219H)
Nama langkap beliau adalah Abdullah
bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi. Beliau adalah juga murid langsung dari
Iman Syafi’i Rahimahullah.
Beliaulah yang membawa dan
mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah, sehingga beliau diangkat
menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219 H.
Inilah di antaranya murid-murid
langsung dari Imam Syafi’i Rhl. yang kemudian menjadi Ulama Besar dan tetap
teguh memegang Madzhab Syafi’i.
Dengan perantaraan beliau-beliau
inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke
bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq, ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke
Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke Afganistan, ke India, ke Yaman dan
terus ke Hadaramaut, ke Pakistan, India dan Indonesia.
Beliau-beliau ini menyiarkan Madzhab
Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada dua orang murid Imam
Syafi’i Rhl., yaitu Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang kemudian ternyata
membentuk madzhab sendiri yang kemudian dikenal dengan nama Madzhab Hanbali.
Yang kedua Syeikh Muhammad bin Abdul Hakam, seorang Ulama murid langsung dari
Imain Syafi’i Rhl. yang ilmunya tidak kalah dari al Buwaithi. Beliau ini pada
akhir umurnya berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat dalam tahun 268 H. di
Mesir.
Nama iengkap beliau adalah Abu
Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di desa Buwaith (Mesir) wafat 231 H.
Beliau ini adalah murid langsung
dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi.
Imam Syafi’i berkata: “Tidak seorang
juga yang lebih berhak atas kedudukanku melebihi dari Yusuf bin Yahya al
Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rhl. berwasiat, manakala beliau wafat maka yang
akan menggantikan kedudukan beliau sebagai pengajar adalah Al Buwaithi ini.
Beliau menggantikan Imam Syafi’i
Rhl. berpuluh tahun dan pada akhir umur beliau ditangkap lantaran persoalan
“fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk atau tidaknya Quran yang digerakkan oleh
kaum Mu’tazilah.
Akhirnya al Buwaithi ditangkap oleh
Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu dibawa dengan ikatan rantai pada
tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara di Bagdad tahun 231 H.
Beliau syahid karena mempertahankan
kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu i’tiqad kaum ahlussunnah wal Jama’ah
yang mempercayai bahwa Quran itu adalah kalam Allah yang Qadim, bukan “ciptaan
Allah”, (makhluk).
Al Asy’ari (250 – 324 H)
Nama lengkap beliau adalah ‘Ali bin
Isma’il bin Abi Basyar Abul Hasan al Asy’ari, lahir tahun 250 H. di Basrah
(Iraq).
Inilah Ulama besar dalam Ilmu
Usuluddin, perumus dan pembela faham Ahlussunnah wal Jama’ah, yaitu faham Nabi,
sahabat-sahabat dan tabi’in yang banyak.
Dalam furu’ syari’at beliau pnganut
yang kuat dari Madzhab Syafi’i. Beliau belajar fiqih kepada Abu Ishaq al
Marwadzi, demikian dikatakan oleh Ustadz Abu Bakar bin Furak pengarang kitab
Tabaqatul Mutakallimin, dan demikian juga dikatakan oleh Ustadz Abu Ishaq al
Arfaraini sebagai yang dinukilkan oleh Syeikh Abu Muhammad al Junaidi dalam
kitab Syarah Risalah.
Abu Hasan al Asy’ari adalah seorang
Ulama Besar, ikutan ratusan juta umat Islam dari dulu sampai sekarang, karena
beliau yang menjadi Imam kaum Ahlussunnah wal Jama’ah sebagai lawan dari kaum
Mu’tazilah, kaum Syi’ah, kau’m Mujassimah, dan lain-lain firqah yang sesat.
Walaupun beliau seorang Imam Besar
dalam usuluddin, tetapi dalam furu’ syari’at beliau menganut dan
mempertahankan Madzhab Syafi’i Rahimahullah
Sahabat, murid-murid dan pengikut mazhab Beliau
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )KE-8
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )KE-8
Ar Rabi’i bin Sulaiman al
Muradi (174 – 270 H)
Beliau ini adalah
murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari Bagdad sampai ke Mesir.
lahir tahun 174H. (wafat tahun 270 H.).
Beliau inilah yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’i
pada suatu hari, di mana didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i” maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Beliau inilah yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’i
pada suatu hari, di mana didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i” maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Al Muzany (175 – 264 H)
Nama lengkap beliau adalah Imam Abu lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir di Mesir 175 H dan 25 tahun lebih muda dari Imam Syafi’i Rhl.
Imam Syafi’i Rhl. pernah berkata tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah pembela Madzhabnya.
Setelah Imam al Buwaithi ditangkap maka al Muzany menggantikan kedudukannya dalam halakah Imam syafi’i itu sampai beliau wafat pada tahun 264 H. (60 tahun terkemudian dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah seorang ulama yang saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak mengarang kitab fiqih Syafi’ iyah, seumpama :
l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.
Al Humaidi (wafat 219H)
Nama langkap beliau adalah Abdullah bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi. Beliau adalah juga murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah.
Beliaulah yang membawa dan mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah, sehingga beliau diangkat menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219 H.
Inilah di antaranya murid-murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl. yang kemudian menjadi Ulama Besar dan tetap teguh memegang Madzhab Syafi’i.
Dengan perantaraan beliau-beliau inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq, ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke Afganistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadaramaut, ke Pakistan, India dan Indonesia.
Beliau-beliau ini menyiarkan Madzhab Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada dua orang murid Imam Syafi’i Rhl., yaitu Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang kemudian ternyata membentuk madzhab sendiri yang kemudian dikenal dengan nama Madzhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad bin Abdul Hakam, seorang Ulama murid langsung dari Imain Syafi’i Rhl. yang ilmunya tidak kalah dari al Buwaithi. Beliau ini pada akhir umurnya berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat dalam tahun 268 H. di Mesir.
Imam Buawaith(215 – 303 H)
Nama iengkap beliau adalah Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di desa Buwaith (Mesir) wafat 231 H.
Beliau ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi.
Imam Syafi’i berkata: “Tidak seorang juga yang lebih berhak atas kedudukanku melebihi dari Yusuf bin Yahya al Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rhl. berwasiat, manakala beliau wafat maka yang akan menggantikan kedudukan beliau sebagai pengajar adalah Al Buwaithi ini.
Beliau menggantikan Imam Syafi’i Rhl. berpuluh tahun dan pada akhir umur beliau ditangkap lantaran persoalan “fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk atau tidaknya Quran yang digerakkan oleh kaum Mu’tazilah.
Akhirnya al Buwaithi ditangkap oleh Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu dibawa dengan ikatan rantai pada tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara di Bagdad tahun 231 H.
Beliau syahid karena mempertahankan kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu i’tiqad kaum ahlussunnah wal Jama’ah yang mempercayai bahwa Quran itu adalah kalam Allah yang Qadim, bukan “ciptaan Allah”, (makhluk).
No comments:
Post a Comment